Malaysia Hargai Keputusan Iran Benarkan Kapal Minyak Lalui Selat Hormuz – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat pada 26 Mac 2026.

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menghargai keputusan Iran membenarkan kapal minyak Malaysia melalui Selat Hormuz.

Perdana Menteri berkata, keputusan awal Iran itu membolehkan kapal minyak Malaysia dan pekerjanya meneruskan perjalanan pulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat pada 26 Mac 2026.

“Saya ambil kesempatan juga ucapkan terima kasih kepada Presiden Iran (Masoud Pezeshkian), kerana awal memberi laluan dan sekarang kita dalam proses untuk melepaskan kapal minyak Malaysia dan pekerja yang terlibat supaya dapat meneruskan perjalanan mereka pulang,” katanya dalam Perutusan Khas mengenai langkah strategik menangani krisis tenaga berikutan perang di Asia Barat hari ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia turut terkesan berikutan peperangan di rantau itu dan kesan daripada penutupan Selat Hormuz.

“Tapi untuk kita sekarang, kita terpaksa tangani kerana kesan daripada sekatan di Selat Hormuz, kemudian peperangan, bekalan minyak dan gas yang terhenti, semuanya ada kesan kepada kita, walaupun sekali lagi saya katakan, kita dalam keadaan yang jauh lebih baik kerana keupayaan PETRONAS selama ini,” katanya.

Namun begitu, katanya, Malaysia masih mengambil tindakan yang perlu kerana tidak terlepas dari segala permasalahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat pada 26 Mac 2026.

“Bekalan makanan terjejas, harga tentunya akan meningkat. Baja juga begitu, tentunya minyak dan gas. Jadi, ada langkah-langkah yang perlu kita ambil.

“Ada negara-negara yang jauh lebih parah kesannya dari kita, tetapi ini tidak bermakna kita terlepas semuanya sekali,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri meminta rakyat memahami pendekatan yang diambil oleh kerajaan.

“Dan kita nak ambil beberapa juga langkah yang saya mohon sangat-sangat kerjasama rakyat supaya memahami. Ini langkah yang kita ambil, terpaksa ambil kerana tekanan yang kita hadapi dan saya percaya ada yang akan membuat pelbagai tohmahan dan tafsiran yang tak boleh kita elak.

“Tapi percayalah, saya tidak mahu rakyat merasa tertekan dan langkah-langkah kita itu sangat teliti dan berhemah,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *