TERKINI: Korban Nahas Kereta Api Di Bekasi Meningkat

Pekerja penyelamat cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam insiden dua kereta api bertembung di Bekasi pada 27 April 2026. Foto tular

JAKARTA, 28 Apr – Angka korban insiden perlanggaran kereta api meningkat apabila sekurang-kurangnya 15 orang, manakala 88 lagi cedera di Stesen Bekasi Timur, Jawa Barat, di sini, lapor Jakarta Globe.

Perkembangan setakat jam 1 tengah hari tadi waktu tempatan itu dimaklumkan Menteri Penyelarasan Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah, Agus Harimurti Yudhoyono kepada pemberita di Stesen Bekasi Timur.

“Daripada 88 mangsa yang cedera, tiga individu sebelum ini terperangkap dalam runtuhan sebelum berjaya diselamatkan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Sebuah kereta elektrik yang terhenti di atas landasan antara punca perlanggaran dua kereta api di Bekasi pada 27 April 2026. Foto Kompas

“Kami akan terus berusaha sedaya upaya memastikan rawatan perubatan diberikan supaya kita dapat menyelamatkan mangsa yang masih dirawat,” katanya.

Pihak berkuasa mengesahkan semua mangsa yang terkorban sudah dipindahkan ke Hospital Polis Nasional di Kramat Jati, Jakarta Timur untuk proses pengecaman.

Sementara itu, mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di beberapa hospital sekitar Bekasi.

Pekerja penyelamat cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam insiden dua kereta api bertembung di Bekasi pada 27 April 2026. Foto tular

Pihak berkuasa setakat ini belum mengeluarkan perincian lanjut mengenai punca perlanggaran itu dengan proses siasatan sedang giat dijalankan.

Perlanggaran berlaku lewat malam Isnin apabila sebuah tren komuter yang berhenti di landasan 1 menuju ke Cikarang dilanggar dari belakang oleh tren jarak jauh yang tiba di landasan sama.

Sebuah teksi elektrik pula antara punca perlanggaran menyebabkan kereta api melanggar sebuah lagi kereta api dari arah bertentangan.

Naib Presiden Komunikasi Korporat Kereta Api Indonesia (KAI), Anne Purba sebelum ini mengesahkan semua mangsa maut dan cedera adalah penumpang tren komuter.

Pekerja penyelamat cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam insiden dua kereta api bertembung di Bekasi pada 27 April 2026. Foto EPA

Beliau berkata, semua 240 penumpang tren jarak jauh Argo Bromo Anggrek terselamat dalam kejadian itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *