‘Pertemuan Berlangsung’ – PM Anwar, Zahid Bincang Di Putrajaya?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sesuatu menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketawa besar sambil diperhatikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 April 2026. Foto Facebook Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 28 Apr – Satu pertemuan difahamkan sedang berlangsung melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, hari ini.

Perkembangan tersebut dikongsi Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Fahmi Fadzil dalam hantaran terbaharu di Facebook, sebentar tadi.

Turut kelihatan dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sesuatu menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketawa besar sambil diperhatikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 April 2026. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Menerusi kapsyen ringkas pada hantaran tersebut, Fahmi hanya menulis, ‘Pertemuan berlangsung’.

Foto berkenaan sekali gus mencuri perhatian orang ramai susulan perkembangan politik semasa, khususnya melibatkan isu kepimpinan kerajaan negeri dan hubungan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung butiran lanjut pertemuan tersebut.

Kenyataan media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan pada 28 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan beliau dijadualkan akan mengadakan pertemuan bersama Anwar bagi membincangkan krisis politik di Negeri Sembilan, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan, beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar selain pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa selaras dengan apa dititahkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Kenyataan media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan pada 28 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam konteks ini, Aminuddin telah mempersembahkan kedudukan terkini kepada Tuanku, yang kemudiannya menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan sehingga terdapat kejelasan muktamad mengenai situasi itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *