TERKINI: Konflik Asia Barat: Kerajaan Pelbagaikan Sumber, Laluan Alternatif Tenaga – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa, tekanan ekonomi global serta implikasi keselamatan susulan konflik di Asia Barat pada 25 Mac 2025. Foto PMO

PUTRAJAYA, 25 Mac – Kerajaan akan mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif dalam usaha menjamin keterjaminan bekalan tenaga negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beberapa langkah intervensi awal yang proaktif dan tuntas juga akan dilaksanakan segera bagi memastikan ketahanan ekonomi negara terus terpelihara.

“Situasi ini akan terus dipantau rapi dengan maklumat disalurkan secara telus kepada rakyat.

“Dalam mendepani cabaran ini, ketenangan, disiplin dan semangat kebersamaan amat penting untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa, tekanan ekonomi global serta implikasi keselamatan susulan konflik di Asia Barat pada 25 Mac 2025. Foto PMO

Sejak serangan membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang mencetuskan konflik pada 28 Februari lalu, Iran bertindak menutup hampir keseluruhan laluan di selat berkenaan, sekali gus menyebabkan harga minyak dan gas dunia melonjak naik secara mendadak.

Selat itu sebelum ini menguruskan sekitar satu perlima bekalan minyak dunia.

Terdahulu hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bilangan 3/2026 bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa, tekanan ekonomi global serta implikasi keselamatan susulan konflik di Asia Barat.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan memaklumkan kerajaan akan mengambil pendekatan menyeluruh dan terselaras untuk menangani keadaan ini pada 24 Mac 2026. Foto MKN

“Biarpun masih dalam suasana perayaan Aidilfitri, kesejahteraan rakyat khususnya kos sara hidup kekal menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.

“Beberapa langkah intervensi awal yang proaktif dan tuntas akan dilaksanakan segera bagi memastikan ketahanan ekonomi negara terus terpelihara,” katanya.

Sebuah jawatankuasa khas turut ditubuhkan kerajaan untuk mengkaji kesan konflik AS/Israel-Iran dan merangka tindakan susulan bagi melindungi ekonomi negara.

Beberapa tindakan segera juga sudah dan sedang dilaksana kerajaan termasuk menjamin bekalan RON95 dalam negara mencukupi, selain harganya bersubsidinya kekal RM1.99, biarpun harga minyak global menyaksikan peningkatan ketara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon pada 24 Mac 2026. Foto X Anwar Ibrahim

Ketika menyampaikan sidang media khas berkaitan perkembangan mutakhir konflik di Asia Barat pada 11 Mac lalu juga, Anwar turut menyarankan kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri, sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau turut menyatakan menteri dan anggota pentadbiran turut dihadkan daripada melakukan lawatan ke luar negara, kecuali bagi urusan yang sudah dijadualkan atau wajib dihadiri.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *