TERKINI: Berita Ringkas Bola Sepak 4 Januari 2023

Xavi Hernandez memaklumkan Barcelona tidak berupaya berbelanja besar bagi mendapatkan pemain bertaraf bintang. Foto Reuters

LONDON 4 Jan – Berikut merupakan rangkuman berita ringkas bola sepak yang disiarkan hari ini.

1. Penyokong Liverpool Terkejut Jones Sokong Arsenal

Penyokong Liverpool terkejut apabila mendapat tahu Curtis Jones adalah salah seorang penyokong tegar kelab pesaing Liga Perdana Inggeris mereka.

Pemain berusia 22 tahun itu beraksi ketika The Reds menewaskan Newcastle 4-2 untuk mendahului liga dengan kelebihan tiga mata.

Dua gol jaringan Mohamed Salah, yang akan menyertai Mesir untuk Piala Negara-Negara Afrika, memastikan kemenangan buat skuad kendalian Jurgen Klopp.

Namun Jones mungkin tidak mendapat sokongan seperti pemain-pemain lain apabila terbongkar yang dia adalah penyokong Arsenal.

2. FA Ubah Lagi Format Piala FA Inggeris

Piala FA Inggeris bakal mengubah tradisinya musim depan apabila akan menghapuskan aksi timbal balik bagi pusingan ketiga dan keempat.

Ia susulan perubahan format Liga Juara-Juara Eropah yang akan menjadikan jadual lebih padat buat pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris.

Xavi Hernandez memaklumkan Barcelona tidak berupaya berbelanja besar bagi mendapatkan pemain bertaraf bintang. Foto Reuters

Namun bagi kelab-kelab yang bersaing di liga lebih rendah, keputusan itu bakal menjejaskan peluang mereka untuk mendapat pulangan lebih tinggi – terutama apabila bertandang ke laman lawan dari Liga Perdana Inggeris dan perlawanan disiarkan secara langsung.

Belum ada kepastian berkenaan keputusan ini tetapi ia seperti bakal berlaku selepas Liga Juara-Juara Eropah diperluas kepada 36 pasukan – dengan setiap kelab akan mempunyai dua perlawanan tambahan.

3. Jordan, Bahrain Boleh Ditumbangkan Tapi…

Cabaran yang bakal dihadapi Harimau Malaya dalam Piala Asia 2023 dianggap berbeza dengan apa yang diharungi skuad negara ketika kejohanan sama di Kuwait pada 1980.

Datuk Jamal Nasir Ismail yang berada dalam skuad negara ketika 1980 menjelaskan cabaran bakal dihadapi skuad kendalian Kim Pan Gon di Qatar nanti lebih hebat berbanding zamannya kerana pasukan negara lain kini sudah banyak meningkat.

Beliau berkata, Harimau Malaya memerlukan persembahan terbaik untuk menyaingi pasukan lain dalam Kumpulan E yang jelas berada di ranking lebih baik terutama gergasi Asia, Korea Selatan.

4. Mbappe, Haaland Tiada Dalam Perancangan Barcelona

Barcelona tidak berupaya untuk berbelanja besar bagi mendapatkan pemain bertaraf ‘lima bintang’ seperti Erling Haaland dan Kylian Mbappe, kata pengendalinya, Xavi Hernandez.

Kebangkitan Salah Luar Biasa – Klopp

Barca mengeluarkan bayaran pemindahan 100 juta euro (RM507.13 juta) bagi mendapatkan Philippe Coutinho, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele antara tahun 2017-19 namun disebabkan masalah kewangan kelab, ia bermakna mereka tidak akan berbelanja besar-besaran untuk mengikat pemain ternama baharu dalam masa terdekat ini.

Xavi berkata, mereka mengharap dapat menandatangani pemain baharu pada musim pemindahan pemain Januari tetapi apabila ditanya sekiranya kelab mahu mendapatkan pemain seperti Haaland dari Manchester City ataupun kapten Perancis, Mbappe, dia berkata: “Saya perlu berusaha dengan pemain yang ada, kerana ketika ini kami tidak mampu untuk memikirkan pemain sebegitu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *