Terbuka Korea: Beregu Campuran Negara Benam Pasangan China

Goh Soon Huat–Shevon Lai menewaskan beregu ChinaGao Jia Xuan–Wu Meng Ying 21-16 21-13 dalam masa 31 minit untuk mara ke suku akhir Terbuka Korea di Suwon-si pada 25 September 2025. Foto BAM

SUWON, 25 Sep – Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai melepasi halangan kedua Terbuka Korea selepas menundukkan wakil China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying pada pusingan kedua untuk mara ke suku akhir kejohanan berstatus Super 500 BWF itu di sini, hari ini.

Pada aksi di Gimnasium Suwon, pasangan suami isteri yang menghuni ranking kelapan dunia itu begitupun tidak diberikan laluan mudah sekali pun mencatatkan kemenangan straight set dalam tempoh 31 minit.

Selepas mencatat kemenangan 21-16 pada set pertama dengan memanfaatkan sepenuhnya aksi goyah dan beberapa kesilapan mudah dilakukan oleh Jia Xuan-Meng Ying yang berada di ranking ke-25 dunia, situasi sebaliknya berlaku pada set kedua.

Seakan sedikit leka, Soon Huat-Shevon yang memulakan permainan dengan perlahan ketinggalan 2-6 pada satu ketika sebelum mula bangkit dengan aksi kejar mengejar mata berlarutan sehingga kedua-dua pasangan terikat 12-12.

Situasi bertambah dramatik apabila Soon Huat-Shevon Lai jauh mendahului Jia Xuan-Meng Ying pada kedudukan 19-10 tetapi ketenangan dan pengalaman nyata memihak kepada pasangan negara yang berjaya menyelamatkan mata akhir untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 21-13.

Kemenangan pastinya menyuntik tonik buat mereka yang sebelum ini terkandas beberapa kali di pusingan awal termasuk pusingan pertama Terbuka China, pusingan ketiga Kejohanan Dunia, serta pusingan kedua Terbuka Hong Kong dan Masters China minggu lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *