Dapur Digital PPR Seri Alam Jana Pendapatan, Lahir Usahawan Wanita

Naib Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan, Lai Chen Heng (kanan) dan Ketua Wanita Cabang Cheras, Puan Yap Kuay Hua menjadi penyokong kuat terhadap penubuhan Dapur Digital PPR Seri Alam baru-baru ini.

PENDAPAT, 25 Sep – Selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, ilham untuk melancarkan Dapur Digital dilihat mampu mengubah perspektif rakyat yang selama ini tidak mengetahui manfaat di sebalik matlamat penubuhannya selama ini.

Untuk itu, Majlis Perasmian Dapur Digital PPR Seri Alam baru-baru ini telah berlangsung dengan penuh meriah yang dirasmikan oleh YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras, sekali gus menjadi satu titik permulaan kepada inisiatif yang memberi impak besar kepada komuniti, terutamanya golongan wanita.

Majlis ini turut dihadiri oleh Penaung Dapur Digital PPR Seri Alam yang merangkap Ketua Wanita Cabang Cheras, Puan Yap Kuay Hua serta Encik Lai Chen Heng, mantan Ahli Lembaga Penasihat DBKL merangkap Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, yang memberikan sokongan yang tidak ternilai kepada program ini.

Naib Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan, Lai Chen Heng (kiri) dan Ketua Wanita Cabang Cheras, Puan Yap Kuay Hua menyokong kuat pelancaran Dapur Digital PPR Seri Alam yang memperkasa usahawan wanita dalam bidang ekonomi digital.

Selain itu, majlis tersebut turut berjalan lancar dengan baik menerusi adanya kerjasama penyelaras program iaitu Encik Mohd Faizal dan Puan Siti Marina, serta komitmen yang tinggi daripada Mej. B. (P.A) Zaihan Zainal, Ketua Program Dapur Digital, Pepper Labs, yang berjiwa besar dalam menjayakan inisiatif ini.

Inisiatif Dapur Digital PPR Seri Alam ini bukan sekadar sebuah program biasa, ia adalah inisiatif yang membuka peluang baharu dalam dunia digital dan keusahawanan di kalangan wanita.

Puan Yap Kuay Hua, dalam ucapannya, menyatakan, “Dengan adanya Dapur Digital, kami berharap dapat memberi peluang kepada wanita, terutamanya golongan wanita B40, ibu tunggal dan mereka yang ingin menambah pendapatan.

Pelancaran Dapur Digital PPR Seri Alam oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai menambah semangat usahawan wanita meneroka bidang keusahawanan bagi menambah pendapatan keluarga.

Program ini memberi ruang kepada mereka untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang keusahawanan dan digital, sekaligus membuka peluang kepada mereka untuk memperbaiki taraf hidup.”

Program ini memberi harapan kepada komuniti setempat dengan mengeratkan hubungan dan memberi peluang kepada golongan wanita untuk berjaya dalam dunia digital dan keusahawanan.

Dapur Digital adalah inisiatif yang diwujudkan untuk membantu komuniti B40, khususnya mereka yang tinggal di PPR dan perumahan awam seperti ibu tunggal, belia dan suri rumah, menjana pendapatan melalui perniagaan makanan berasaskan teknologi.

Perasmian Dapur Digital PPR Seri Alam oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai membuktikan inisiatif berkenaan mampu memperkasa usahawan wanita dalam bidang ekonomi digital selain meningkatkan ekonomi tempatan.

Ia lebih daripada sekadar ruang memasak; Dapur Digital menyediakan peluang latihan, akses ke platform e-dagang, dan ruang komuniti untuk memproses, membungkus, dan menjual produk makanan secara digital. Ini adalah langkah pertama dalam memastikan transformasi ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi memeriahkan suasana seperti pertandingan mewarna, sukan tradisional, cabutan bertuah, dan bengkel melukis tote bag.

Aktiviti-aktiviti ini berjaya merapatkan hubungan sesama peserta dan menghidupkan lagi suasana yang penuh kegembiraan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *