Tema ‘Keterangkuman Dan Kemampanan’ Berjaya Pacu Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 28 Mei – Kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan membuktikan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 diiktiraf di peringkat global.

Tema yang diangkat pada tahun ini iaiti ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ benar-benar memacu kejayaan penganjuran sidang kemuncak serantau itu yang kali terakhir dianjurkan sepuluh tahun lalu.

Malah, pengenalan Deklarasi Kuala Lumpur 2045 iaitu ‘ASEAN 2045: Our Shared Future’ menggantikan pelan ‘ASEAN 2025: Forging Ahead Together’ membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025 berpandangan jauh dan berani meneroka inisiatif baharu dalam mendepani cabaran dua dekad akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bersama pemimpin ASEAN pada Majlis Menandatangani Deklarasi ‘ASEAN 2045 : Our Shared Future’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Detik bersejarah itu ditandatangani Anwar, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh; Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra; Perdana Menteri Loas, Sonexay Siphandone.

Turut menandatanganinya ialah Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Myanmar, Aung Kyaw Moe.

Dalam ucapannya sempena majlis menandatangani deklarasi itu di sini, Perdana Menteri mengupas kejayaan
menjadi pemacu utama di sebalik lahirnya Deklarasi Kuala Lumpur 2045 yang ditandatangani kesemua 10 negara anggota dalam majlis penuh bersejarah itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Keterangkuman dan Kemampanan yang digariskan Anwar sudah pasti menggembeleng segala bentuk kerjasama strategik bersama yang mampu mengangkat nilai dan inti pati blok masing-masing iaitu ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

Menurut pakar dari Universiti Malaya dan Sunway University, Profesor Emeritus Datuk Dr. Woo Wing Thye, ASEAN sebagai sebuah organisasi tidak direka bentuk untuk bertindak seperti kerajaan yang mempunyai kuasa mutlak ke atas negara anggotanya.

“ASEAN, sama seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak mempunyai kuasa untuk memaksa. Ia wujud berdasarkan kerjasama, dengan menghormati sepenuhnya kedaulatan negara anggota,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bersama pemimpin ASEAN pada Majlis Menandatangani Deklarasi ‘ASEAN 2045 : Our Shared Future’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perkara itu turut dikongsi Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan UPNM, Prof Mohd Mizan Aslam yang berkata, ini kerana buat pertama kalinya persidangan serantau itu menggembleng kerjasama dengan blok besar iaitu Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

“Pertama kalinya dalam sejarah ASEAN ini, kita melibatkan sekurang-kurangnya tiga blok yang besar, yang mewakili lebih satu pertiga populasi dunia dengan jumlah penduduk melebihi dua bilion serta nilai dagangan melebihi RM5 trilion,” katanya.

Jaringan kerjasama strategik yang diusahakan Malaysia kini merentas rantau Timur Tengah, Asia Tenggara dan China sebagai sebuah entiti berdaya maju, makmur dan mampu memperkukuh kepentingan bersama dalam teknologi, tenaga hijau dan pertahanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia menyampaikan ucapan pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Cetusan tema yang menjadi latar pengembangan kerjasama antara ketiga-tiga blok ini mampu memberi nilai tambah kepada prospek pertumbuhan dan perdagangan lebih terbuka termasuk rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara ASEAN dan GCC.

Faktor inilah menjadi daya tarikan utama yang ingin direalisasikan berdasarkan Deklarasi Kuala Lumpur 2045 yang dipersetujui semua ketua-ketua negara ASEAN pada 26 Mei lalu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *