PM Anwar Terima Surat Pengunduran Rafizi, Nik Nazmi, Lulus Cuti

Rafizi menghantar surat peletakan jawatan sebagai menteri kabinet susulan kekalahan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.
PUTRAJAYA, 28 Mei – Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat pengunduran Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai anggota Jemaah Menteri.
Ia juga mengesahkan penerimaan surat permohonan cuti daripada mereka, yang hari ini mengumumkan letak jawatan daripada kementerian masing-masing.
“Setelah meneliti permohonan tersebut, perdana menteri bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan,” menurut kenyataan PMO.
Bagaimanapun Perdana Menteri belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak peletakan jawatan kedua-dua menteri dari KEADILAN itu.
Rafizi masing-masing memohon cuti sehingga 16 Jun manakala Nik Nazmi sehingga 3 Julai.
Rafizi dan Nik Nazmi masing-masing dilantik sebagai Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli pada Disember 2022 sebelum rombakan kabinet dilakukan pada 2023.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


