Selepas Rafizi, Nik Nazmi Pula Letak Jawatan Menteri Kabinet

Nik Nazmi (kanan) mengikut jejak langkah Rafizi meletak jawatan sebagai menteri susulan kekalahan dalam Pemilihan KEADILAN 2025. Foto Facebook Nik Nazmi
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam berkuat kuasa pada 4 Julai susulan kegagalan mempertahankan jawatan naib presiden KEADILAN.
Ahli Parlimen dua penggal itu turut gagal mempertahankan kedudukannya sebagai ketua cabang yang sama dalam pemilihan cabang bulan lalu.
Wakil rakyat Setiawangsa itu antara ‘ahli’ pasukan Rafizi Ramli, yang kalah kepada Nurul Izzah Anwar dalam persaingan jawatan timbalan presiden KEADILAN.
“Saya kini menantikan peluang untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, serta menumpukan perhatian kepada khidmat di kawasan saya di Setiawangsa,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau.
Terdahulu, Rafizi mengumumkan meletak jawatan sebagai menteri ekonomi berkuat kuasa pada 17 Jun.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

