Teknologi Makin Pesat, Malaysia Mesti Pantas Jadi Hab Semikonduktor – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO

BANGI, 13 Nov – Seiring dengan kepesatan teknologi dan rangkaian ekonomi global, Malaysia mesti bergerak pantas untuk menjadi hab semikonduktor dan teknologi digital serantau, seiring dengan perkembangan pesat bidang kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital global, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kemajuan teknologi baharu perlu dikuasai dan dimanfaatkan bagi pembangunan serta ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO

“Kita tidak boleh terlambat, Malaysia mesti menjadi hab semikonduktor dan mesti kejar dengan cara yang sangat pantas untuk menguasai teknologi yang disebut teknologi baharu digital dan kecerdasan buatan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Pengajian Islam Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO

Konvensyen Pengajian Islam IPT Antarabangsa 2025 itu yang menghimpunkan ilmuwan dan pemimpin akademik negara bagi menzahirkan keutuhan ilmu, hikmah dan perpaduan dalam memperkasakan pengajian Islam di Malaysia.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO

Anwar turut menegaskan, semua pihak termasuk mahasiswa Fakulti Pengajian Islam perlu mendalami bidang semikonduktor yang menawarkan peluang baharu dan menjanjikan manfaat ekonomi yang besar.

“(Perlu ada) satu resipi baharu atau subjek baharu dalam Fakulti Pengajian Islam. Kita tidak boleh ikut langkah lama kerana dalam masa setahun perubahan AI itu sudah tiga kali ganda,” kata Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO

 

Perdana Menteri turut menekankan dasar negara mengenai semikonduktor harus jelas, sambil menzahirkan rasa syukur kerana keamanan dan kestabilan politik negara membolehkan dasar itu dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.

Sebelum ini, Anwar berkata industri elektrik dan elektronik serta semikonduktor negara memerlukan sokongan rangkaian antarabangsa yang kukuh, termasuk kerjasama dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, untuk memastikan pertumbuhan berterusan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *