Tak Rayu Isu Hasil 40 Peratus Bukan Sebab PRU Sabah – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO

BANGI, 13 Nov – Isu Kerajaan Persekutuan tidak merayu keputusan terkait pemberian khas 40 peratus hasil Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan disebabkan kerana Pilihan Raya Umum (PRU), sebaliknya ia dilakukan bagi membuktikan komitmen kerajaan terhadap hak dan pembangunan negeri itu, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan sudah lama menangani isu berkenaan melalui siri-siri perundingan serta pelaksanaan yang telah dijalankan sejak 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO

“Kenapa dikaitkan dengan PRN? Kita sudah laksanakan. Daripada RM150 juta meningkat kepada RM600 juta, peningkatan yang begitu besar,” katanya.

Anwar berkata demikian selepas menghadiri Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, beberapa perbincangan menerusi Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) telah diadakan bagi membincangkan isu berkenaan, termasuk yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Kita telah menerima isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan mahkamah itu. Berbelas kali mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Seri Fadillah, saya sendiri ada mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat itu di Kuching, di Kota Kinabalu, di Kuala Lumpur,” ujarnya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO

Terdahulu, Anwar menjelaskan perkara berkenaan ketika menjawab soalan ahli parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa keputusan mahkamah tersebut menuduh berlakunya kesilapan besar oleh kerajaan persekutuan dan negeri sejak 1974.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO

Perdana Menteri berkata, bahagian keputusan itu perlu dirayu kerana secara tidak adil menyalahkan semua kerajaan terdahulu, termasuk pentadbiran persekutuan di bawah Abdul Razak Hussein serta kerajaan Sabah yang dipimpin Tun Datu Mustapha Harun dan Tun Fuad Stephens.

Beliau turut menjelaskan bahawa perbincangan mengenai tuntutan itu akan diteruskan walaupun negeri itu kini ditadbir oleh kerajaan sementara, dengan perbincangan teknikal dijalankan sekarang dan keputusan utama dibuat selepas pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 13 November 2025. Foto PMO


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *