Tarif Air Naik Bukti Terengganu GAGAL Urus Ekonomi, Kewangan Negeri

Kenaikan tarif air di Terengganu membuktikan kegagalan kerajaan negeri Pas mengurus ekonomi dan kewangan negeri.

KUALA TERENGGANU, 24 Sep – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu menyifatkan kenaikan tarif air di negeri ini sebagai bukti kegagalan kerajaan negeri mencari jalan kreatif dalam mengurus kewangan.

Pengarah Komunikasinya, Wan Muhammad Afiq berkata, tindakan menaikkan tarif air yang berkuat kuasa 1 Ogos lalu hanya membebankan rakyat apabila pengguna dilaporkan berdepan kenaikan antara 50 hingga 100 peratus.

Menurutnya, keputusan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak peka terhadap kesusahan rakyat dan lebih memilih jalan mudah bagi mengatasi cabaran kewangan.

“Kerajaan negeri mengambil duit lebih daripada poket rakyat untuk menampung kelemahan pengurusan kewangan. Lebih mengecewakan, masalah asas bekalan air seperti tekanan rendah, kebocoran paip dan gangguan berulang masih belum ditangani dengan baik.

“Tindakan menaikkan tarif dalam keadaan perkhidmatan belum memuaskan hanya menambah kemarahan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Wan Muhammad Afiq berkata, kerajaan negeri sepatutnya lebih kreatif dalam mencari sumber kewangan baharu memandangkan Terengganu kaya dengan hasil sumber asli serta berpotensi besar dalam sektor pelancongan, perikanan dan pembangunan ekonomi hijau.

Bukti bagaimana di saat Ahmad Zahid ke Terengganu meninjau keadaan banjir, namun pada masa sama Ahmad Samsuri didakwa berada di Shah Alam menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu.

“Kelemahan perancangan dan ketidakmampuan mencari jalan keluar menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

“Kenaikan tarif air yang diputuskan tanpa mendengar suara rakyat menunjukkan kerajaan negeri semakin jauh daripada prinsip Terengganu Sejahtera. Rakyat berhak mendapat perkhidmatan terbaik dahulu sebelum sebarang kenaikan dilaksanakan,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri digesa menarik kembali pelaksanaan tarif baharu tersebut dan menumpukan keutamaan kepada pelan penambahbaikan menyeluruh dalam perkhidmatan air.

Muslimat Pas Terengganu juga seakan gusar dengan keputusan kerajaan negeri dipercayai khuatir rakyat tidak akan mengundi mereka lagi.

“Perancangan itu perlu disertakan garis masa yang jelas serta jaminan mutu perkhidmatan yang lebih baik.

“Air adalah keperluan asas rakyat, bukannya sumber pendapatan untuk menutup kelemahan kerajaan negeri dalam mengurus hasil negeri,” katanya.

Isu itu juga menyebabkan Muslimat Pas menggesa kerajaan negeri menimbang semula keputusan itu dipercayai takut akan kehilangan sokongan pengundi yang kononnya ‘gah’ tiada satu pun pembangkang berada dalam DUN negeri ‘Kuwait Malaysia’ itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *