Hina Mahkamah: ‘Notis Tunjuk Sebab Sudah Tersedia Untuk Shafie Apdal’

Peguam mewakili empat pelajar dalam inkues kematian Zara Qairina mengecam tindakan Mohd Shafie yang didakwa cuba mengeksploitasi kes itu demi kepentingan politik menjelang PRU DUN Sabah.

KOTA KINABALU, 24 Sep – Satu notis tunjuk sebab terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (PWS) Mohd Shafie Apdal, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung kes pelajar tingkatan satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, telah siap untuk diserahkan.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Pendakwaan Sabah Nahra Dollah, yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues kematian remaja itu, kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini hari ini.

Namun, Nahra berkata pihaknya tidak pasti bila notis berkenaan akan diserahkan kepada ahli politik itu.

Menurut Fekirie Gobet, laporan itu dibuat berhubung kenyataan Shafie dalam satu ceramah kempen PWS di Batu Sapi yang didakwanya jelas menghina mahkamah berhubung kematian adik Zara Qairina Mahathir.

Pada Isnin lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Shafie berhubung kes Zara Qairina.

Jabatan berkenaan memandang serius kenyataan yang dikeluarkan Mohd Shafie semasa berucap di majlis Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan pada 20 September 2025.

Menurut kenyataan AGC, jabatan berkenaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah setelah penelitian itu selesai.

Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti secara terperinci setiap kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (PWS) Mohd Shafie Apdal berhubung kes pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir.

Sebelum ini, rakaman video pada satu majlis makan malam yang tular memaparkan Mohd Shafie mempersoalkan tempoh panjang prosiding inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar itu.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi 16 Julai.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *