Lubang Benam 50 Meter Cetus Panik Di Bangkok!

Kewujudan lubang benam sedalam 50 meter di hadapan Hospital Vajira di daerah Dusit, Bangkok mencetuskan panik pada 24 September 2025.
BANGKOK, 24 Sep – Sebuah lubang benam (sinkhole) yang besar telah terbentuk di hadapan Hospital Vajira di daerah Dusit, Bangkok hari ini.
Menurut laporan media Thailand, lubang benam tersebut berukuran kira-kira 30 meter x 30 meter dan sedalam 50 meter.
Kejadian ini berlaku berhampiran tapak pembinaan stesen bawah tanah LRT Purple Line.

Pihak berkuasa Bangkok mengumumkan penutupan jalan serta-merta dan mengarahkan pemindahan pesakit dan penduduk berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.
Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, menyatakan bahawa lubang benam itu disebabkan oleh tanah yang runtuh ke dalam terowong pembinaan kereta api bawah tanah.

Kejadian berkenaan mencetuskan kebimbangan warganet negara itu yang sebelum ini berdepan ketakutan apabila gempa bumi melanda Myanmar turut dirasai di Bangkok awal tahun ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
