Tapak Binaan Runtuh: Seorang Maut, Lima Cedera

Lokasi kejadian runtuhan di tapak pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam ini. Foto Iqbal

BAYAN LEPAS, 28 Nov – Seorang disahkan maut setakat pukul 12.30 tengah malam ini dalam kejadian runtuhan di tapak pembinaan di Batu Maung, dekat sini malam ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, tiga lagi ditemukan cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, tambah beliau, lima lagi dikhuatiri masih tertimbus dan kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan sehingga kini.

Terdahulu, JBPM negeri melaporkan sembilan mangsa dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan runtuh dalam kejadian di Batu Maung di sini, kira-kira pukul 9.58 malam ini.

Anggota penyelamat membawa salah seorang mangsa runtuhan di tapak pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang malam ini. Foto Iqbal

Difahamkan, terdapat 18 pekerja yang kesemuanya dipercayai warga asing sedang bekerja di tapak pembinaan itu ketika kejadian berlaku.

Bagaimanapun, sembilan daripada mereka dikatakan sedang berehat untuk menunaikan solat dan terselamat daripada menjadi mangsa runtuhan tersebut.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *