Tanah Mendap Punca Paip Utama Pecah, Bakal Alami Gangguan Bekalan Air

Paip utama yang pecah menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Sibu. Foto LAS
SIBU, 15 Jan – Kawasan Kemuyang serta bahagian Sibu Jaya dan Durin akan mengalami gangguan bekalan air, hari ini.
Lembaga Air Sibu (LAS) gangguan itu berpunca daripada paip utama pecah berhampiran persimpangan lampu isyarat sebelum Kemuyang di Jalan Oya.
Dalam satu kenyataan di halaman media Facebook, LAS mengesahkan bekalan air diputuskan pada jam 9:10 pagi bagi memudahkan kerja membaiki paip utama yang pecah di persimpangan tersebut.
Kawasan yang terjejas termasuk Kemuyang, Jalan Azalea, Ulu Oya Batu 13-19, Jalan Jasmine, Jalan Sanhill, Lapangan Terbang Sibu, Eco Garden, Sibu Jaya, dan kawasan Jalan Durin Link.
Katanya, usaha sedang giat dilakukan untuk menangani isu tersebut dengan segera.
Bagaimanapun, penduduk mungkin mengalami kesulitan untuk tempoh anggaran 10 jam semasa pembaikan dilakukan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
