Syawal Terus Eratkan Hubungan Nur Aishah Dan Kanak-Kanak Tabika Perpaduan

Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Nur Aishah Zainol tidak asing lagi dikelilingi kanak-kanak setiap kali menemui mereka di mana-mana pusat asuhan atau tadika bagi mengetahui perkembangan semasa selain memberi motivasi agar terus belajar bersungguh-sungguh. Foto Muzakkir Haron

PENDAPAT, 30 Apr – Belum dirasakan terlambat lagipun bulan Syawal belum lagi sampai ke penghujungnya untuk pelbagai pihak jabatan atau agensi kerajaan dan swasta mengambil peluang bagi mengadakan sambutan rumah terbuka atau Majlis Ceria Aidilfitri.

Baru-Baru ini Pusat Tabika Perpaduan Kanak-Kanak Taman Guar Perahu telah pun mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri yang mana Nur Aishah Zainol turut dijemput sebagai tetamu khas di majlis tersebut bagi meraikan guru dan kanak-kanak Tabika Perpaduan.

Bagi diri Nur Aishah yang pernah bertugas sebagai Penyelaras di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak sebelum beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Bandaraya Majlis Seberang Perai (MBSP), jiwanya seakan-akan sudah sebati dan tidak boleh dipisahkan dengan kanak-kanak malah nalurinya terasa begitu dekat setiap kali dapat bersama mereka dalam apa jua majlis yang dianjurkan.

Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Nur Aishah Zainol tidak asing lagi dikelilingi kanak-kanak setiap kali menemui mereka di mana-mana pusat asuhan atau tadika bagi mengetahui perkembangan semasa selain memberi motivasi agar terus belajar bersungguh-sungguh. Foto Muzakkir Haron

Ini dibuktikan lagi apabila pada Isnin lalu beliau meluangkan masa berada di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di kawasan yang tidak jauh dengan Tabika Perpaduan mengadakan aktiviti yang memberikan satu pengalaman baharu buat kanak-kanak di sini untuk ikut serta menyahut cabaran menanam 1 juta pokok yang dianjurkan Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Pulau Pinang.

Antara lain yang sempat disentuh adalah dalam bulan ini digalakkan meraikan segenap lapisan masyarakat lebih-lebih lagi kanak-kanak bagi mengenal erti Aidilfitri yang bermaksud kemenangan dalam menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Turut dinyatakan adalah kanak-kanak merupakan aset tidak ternilai yang akan mewarisi negara satu hari nanti, justeru segala ilmu pengetahuan mampu digarap bagi menjadi insan berguna buat masyarakat dan negara.

Di akhir majlis jamuan Aidilfitri tersebut, Nur Aishah diberikan penghormatan bagi menyampaikan cenderahati-cenderahati kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Guar Perahu.

Turut hadir sama di majlis sambutan Aidilfitri tersebut ialah Pengerusi Veteran Taman Guar Perahu iaitu Encik Sabri Jaafar dan Aeman Shakirin daripada pejabat Penyelaras Dun Penanti.

  • Oleh Muzakkir Haron


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *