Syarikat Gergasi China, Rianlon Corp Bakal Labur RM820 Juta – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama dua konglomerat China, Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC) semasa lawatan kerja ke China di Tianjin pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TIANJIN, 1 Sep – Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama wakil Rianlon Corporation, membuahkan hasil apabila syarikat peneraju global dalam bidang polimer anti-penuaan dan kosmetik itu menyatakan komitmen menubuhkan kilang pembuatan serta kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor.

Perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan Perdana Menteri bersama wakil syarikat dari China itu hari ini, dalam rangka lawatan kerja empat hari beliau ke negara Tembok Besar itu.

Pertemuan secara tertutup itu diadakan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Rianlon, Li Haiping dan Ketua Pegawai Teknologi, Sun Chunguang diadakan di Hotel Banyan Tree Tianjin Riverside, di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama dua konglomerat China, Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC) semasa lawatan kerja ke China di Tianjin pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, syarikat berkenaan bakal melabur sebanyak RM820 juta bagi projek terbabit.

“Pelaburan ini akan membuka peluang kepada pekerjaan berkemahiran tinggi dalam kalangan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu hantaran di media sosial memaklumkan bahawa projek berkenaan akan dilaksanakan di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Johor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama dua konglomerat China, Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC) semasa lawatan kerja ke China di Tianjin pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, projek itu dijangka mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta mengukuhkan ekosistem bidang bahan kimia negara.

“Pelaburan ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, malah membawa masuk teknologi canggih selari dengan matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

“Ini satu langkah penting dalam mengukuhkan ekosistem bahan kimia negara dan melonjakkan Malaysia ke rantaian nilai yang lebih tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama dua konglomerat China, Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC) semasa lawatan kerja ke China di Tianjin pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“MITI mengalu-alukan pelaburan daripada Rianlon dan bersedia menjadi rakan strategik dalam inovasi serta pertumbuhan industri,” katanya menerusi platform X.

Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan barisan kepemimpinan tertinggi China Communications Construction Company Limited (CCCC), iaitu kontraktor utama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Anwar bertemu Pengerusi CCCC, Song Hailiang serta Naib Presiden syarikat itu, Chen Zhong.

“Bersama CCCC, saya meneliti perkembangan projek ECRL yang kini menjadi lambang persahabatan antara Malaysia dan China di bawah Belt and Road Initiative (BRI).

“Insya-Allah, ECRL akan merapatkan jurang pembangunan wilayah dan membawa limpahan ekonomi kepada rakyat,” katanya.

ECRL bertujuan menghubungkan kawasan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama dua konglomerat China, Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC) semasa lawatan kerja ke China di Tianjin pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Apabila siap kelak, projek sepanjang 665 kilometer (km) ini akan menghubungkan Kota Bharu ke Pelabuhan Klang, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan penumpang dan kargo antara negeri-negeri Pantai Timur membabitkan Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Lembah Klang di Pantai Barat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *