Switzerland Negara Terbaharu Siasatan Aset Dr Mahathir Selain UK

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, agensi itu bekerjasama dengan pihak berkuasa UK selain meneliti kemungkinan aset Mahathir di Switzerland.

PUTRAJAYA, 24 Sep – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatannya terhadap aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan Dr Mahathir Mohamad tidak terhad di United Kingdom (UK) sahaja, sebaliknya sebuah lagi negara di Eropah, Switzerland turut dalam perhatian pihaknya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata walaupun agensi itu terus berhubung dengan pihak berkuasa UK, ia juga memperluaskan skop siasatan.

“Ya, kami juga sedang melihat negara lain seperti Switzerland,” katanya pada sidang media.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, agensi itu bekerjasama dengan pihak berkuasa UK selain meneliti kemungkinan aset Mahathir di Switzerland.

Azam menambah, SPRM bekerjasama rapat dengan Pusat Penyelarasan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACCC) di UK.

“Kami masih bekerjasama dengan pihak berkuasa UK, antaranya IACCC, salah satu agensi yang membantu kami sekiranya ada aset melibatkan Mahathir.

“Setakat ini masih belum ada perkembangan,” katanya.

Mirzan dan Mokhzani tidak perlu rasa terperanjat atau buat-buat terperanjat dengan siasatan SPRM kerana memang pun Tun Mahathir sebenarnya sasaran sebenar. Foto Arkib

Awal bulan ini, media memetik sumber sebagai berkata SPRM telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan IACCC, sebuah unit di bawah Agensi Jenayah Kebangsaan UK.

Sumber itu berkata SPRM sedang menunggu senarai rasmi aset daripada pihak berkuasa UK meliputi Kanada, Switzerland, Jepun dan UK.

Setelah diperoleh, proses undang-undang untuk penyitaan dan pelucuthakan boleh dimulakan, sepertimana tindakan yang diambil dalam kes melibatkan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9 September 2025. Foto Bernama

Pada 11 September lalu, Mahathir ‘memperlekeh’ kenyataan Azam mengenai siasatan itu dengan mendakwa beliau tidak mengetahui kewujudan aset sedemikian.

Secara sinis, beliau menggesa SPRM memaklumkannya supaya beliau boleh menuntut aset itu dan mendermakannya kepada golongan miskin. Beliau juga menuduh siasatan itu bermotifkan politik.

Dua hari sebelum itu, Azam menegaskan siasatan berhubung aset bekas perdana menteri itu masih berjalan, dengan tumpuan ketika itu di UK.

Pada April 2024, Azam dilaporkan berkata Mahathir antara individu yang disiasat berkaitan isu pengisytiharan aset.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *