Kemangkatan Mufti Besar Arab Saudi Kehilangan Besar Buat Umat Islam Seluruh Dunia – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia di atas pemergian Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 24 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia di atas pemergian Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh.
“Seluruh umat Islam di Malaysia berduka menerima perkhabaran kemangkatan Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi.
“Kita kehilangan seorang ulama besar yang cakna dengan ilmu dan hikmah yang telah banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.
“Mewakili rakyat Malaysia, saya menzahirkan simpati dan takziah buat seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia yang pastinya menangisi pemergian besar ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Anwar turut mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama para anbiya’ dan solihin.
Terdahulu, media melaporkan, Sheikh Abdulaziz yang menyandang jawatan Mufti Besar Arab Saudi sejak 1999 meninggal dunia semalam.
Solat jenazah diadakan di ibu negara Riyadh dan di masjid-masjid lain di seluruh negara berkenaan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
