Merdeka 68: PM Anwar Akan Sampaikan Amanat Hari Kebangsaan Sabtu Ini

Sebanyak 81 kontinjen perarakan akan menyertai perbarisan Hari Kebangsaan ke-68 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Kementerian Komunikasi

PUTRAJAYA, 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2025 pada 30 Ogos ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, majlis itu diadakan sebagai satu daripada usaha untuk menyampaikan hasrat dan harapan pimpinan tertinggi kerajaan mengenai kepentingan menghayati semangat perpaduan serta menyemai patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, tema sambutan tahun ini, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, membawa maksud bahawa setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya, dan latar belakang adalah aset negara yang mesti dihargai, disantuni, serta dirangkul dalam semangat kebersamaan.

“Amanat yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri diharap dapat memberikan inspirasi baharu kepada rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu, menghargai pengorbanan generasi terdahulu, serta menghayati erti kemerdekaan dalam konteks cabaran semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aaron berkata, kira-kira 5,000 tetamu, termasuk penjawat awam, agamawan, jentera perpaduan, pelajar sekolah, anggota badan beruniform, pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT), golongan belia, usahawan dan warga kerja swasta dijangka hadir ke majlis itu bagi menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi baharu.

Sebanyak 81 kontinjen perarakan akan menyertai perbarisan Hari Kebangsaan ke-68 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan di Dataran Putrajaya dengan disertai perarakan sebanyak 81 kontinjen pelbagai agensi yang terus menyemarakkan sambutan tahun ini. – Bernama

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *