RUU Perolehan Lulus, Pembangkang ‘Koyak’ Keluar Dewan

Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan setelah gagal menghalang RUU Perolehan Kerajaan 2025 diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Ogos 2025.

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Rang Undang Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini menerusi undian belah bahagian selepas dibahaskan oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan itu, ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas gagal menghalang RUU berkenaan diluluskan sebentar tadi.

Biarpun pembangkang menggesa RUU bacaan kali kedua itu ditangguhkan, dengan alasan ia dibentang pada saat akhir sekali gus meminta dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP), ia akhirnya diluluskan selepas 125 Ahli Parlimen menyokong, 63 lagi menolak, seorang tidak mengundi sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 di Dewan Rakyat. Foto Bernama

Kelulusan RUU itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika mempengerusikan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Johari menegaskan, gesaan pembangkang supaya ia dirujuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) tidak berbangkit memandangkan ketika RUU itu dibentang peringkat bacaan kali pertama dulu, tiada apa-apa permohonan daripada JKPK minta ia ditetliti terlebih dulu di peringkat mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 di Dewan Rakyat pada 27 Ogos 2025. Foto Bernama

“Jawatankuasa iaitu pengerusi mestilah menulis (surat) kepada mana-mana kementerian yang akan memastikan draf undang-undang selepas bacaan pertama.

“Dia boleh (minta), tapi saya sudah semak tidak ada permohonan untuk JKPK minta itu, jadi saya anggap tidak ada permohonan,” katanya.

Perincian dan matlamat penggubalan RUU berkenaan yang dijelaskan secara terperinci oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam, seterusnya dibahaskan oleh 21 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Sepanjang sesi perbahasan semalam, Ahli Parlimen pembangkang juga membangkitkan kebimbangan mereka mengenai beberapa peruntukan fasal di bawah RUU ini yang disifatkannya memperuntukkan lebih kuasa kepada Menteri Kewangan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika menggulung RUU berkenaan menafikan anggapan pembangkang ia dibentang pada saat akhir, sebaliknya menjelaskan penggubalannya sudah bermula sejak 2018 lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *