Sultan Brunei Zahir Penghargaan Kepada Pasukan Perubatan Malaysia – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada 24 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 24 Jun – Perbualan telefon antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah terarah kepada keadaan kesihatan Baginda yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) hujung bulan lalu.

Menerusi perbualan itu, Anwar memberitahu, Sultan Hassanal menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat cemerlang dan dedikasi pasukan perubatan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam penjagaan kesihatan Baginda baru-baru ini.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan Baginda dilaporkan bertambah baik setakat ini dan terus dipantau rapi oleh pasukan perubatan, termasuk penglibatan petugas kesihatan dari Malaysia.

https://www.facebook.com/share/p/1BuPtGX4Y6/?mibextid=wwXIfr

“Saya mendoakan agar Baginda Tuanku serta seluruh Keluarga Diraja Brunei sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan berada di bawah lindungan Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Turut dibincangkan dalam perbualan itu, kedua-dua pemimpin turut menyentuh perkembangan positif hubungan dua hala Malaysia dan Brunei yang kekal erat serta perkembangan semasa isu rantau ASEAN yang terus berjalan dengan lancar dan konstruktif.

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada 25 Mei untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei lepas.

Baginda berehat di IJN sejak 27 Mei kerana keletihan dan kemudian bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan pada 3 Jun lepas.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *