Sultan Brunei Puji Kualiti Perkhidmatan, Kepakaran Rawatan Di IJN – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 6 di Petaling Jaya, Selangor pada 4 Jun 2025. Foto UMPSA

PETALING JAYA, 5 Jun – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memuji kualiti perkhidmatan dan kepakaran petugas Institut Jantung Negara (IJN) sepanjang tempoh baginda menerima rawatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mendedahkan perkara itu, Perdana Menteri berkata Sultan Brunei amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kepakaran doktor di IJN dari 27 Mei hingga 3 Jun lalu.

Anwar berkata penghargaan itu disampaikan secara peribadi oleh Sultan Brunei ketika beliau menziarahi baginda di IJN petang semalam sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan hari yang sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 6 di Petaling Jaya, Selangor pada 4 Jun 2025. Foto Dato’ Jana Santhiran

“Baginda menyatakan walaupun baginda mempunyai pengalaman dengan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa dan akses kepada institusi perubatan terbaik dunia namun baginda amat berpuas hati dengan mutu khidmat, kecemerlangan serta kecekapan doktor-doktor kita di IJN,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 6 di Menara Prasarana, di sini malam ini.

Anwar berkata pujian itu seharusnya menjadi dorongan kepada sektor kesihatan negara serta sektor lain untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tidak sekadar berbangga dengan pencapaian sedia ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 6 di Petaling Jaya, Selangor pada 4 Jun 2025. Foto RTM

“Kita harus mengakui kelebihan dan kekuatan yang kita ada, tetapi pada masa sama perlu memandang ke hadapan untuk bersaing secara sihat dengan negara lain. Jangan hanya puas hati, sebaliknya jadikan itu motivasi untuk terus menambah baik,” katanya.

Sultan Hassanal Bolkiah, 78, tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.

Baginda dilaporkan berehat di IJN pada 27 Mei kerana keletihan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika menziarahi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di hotel penginapan baginda sebelum berangkat pulang pada 3 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *