‘Pengangkutan Untuk Rakyat’ Dipilih Topik Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 6

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 6 di Petaling Jaya, Selangor pada 4 Jun 2025. Foto Dato’ Jana Santhiran

PETALING JAYA, 5 Jun – Dewan Tan Sri Jamaluddin Ibrahim, Menara Prasarana di sini dipilih sebagai lokasi Forum Ilmuwan Malaysia MADANI membincangkan topik ‘Pengangkutan untuk Rakyat: Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat, Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam’ yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Forum yang memasuki siri ke-6 malam ini membincangkan isu berkaitan pengangkutan awam serta mekanisme penambah baikan yang boleh disarankan kepada kerajaan.

Antara ahli panel yang hadir ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Mohd Azharuddin Mat Sah serta Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 6 di Petaling Jaya, Selangor pada 4 Jun 2025. Foto RTM

Dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), forum secara berkala ini menjadi platform interaktif untuk membincangkan cabaran dan pendekatan strategik ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara yang inklusif, mampu milik dan lestari.

Semasa forum itu berlangsung, Anwar mendengar sendiri pandangan ahli panel serta hadirin mengenai keperluan menambah baik rangkaian perkhidmatan awam terutamanya dalam menangani isu kesesakan, kebolehpercayaan dan akses kepada golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, ia menjadi wacana perbincangan ilmiah yang berkonsepkan perkongsian maklumat, statistik dan pengalaman negara-negara maju dalam membangunkan sistem pengangkutan awam yang cekap dan diyakini rakyat.

Forum Ilmuwan Malaysia MADANI yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berlangsung di Menara Prasarana, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Jun 2025. Foto KPT

Forum itu merupakan sebahagian daripada pendekatan Malaysia MADANI yang mengangkat peranan ilmu dan wacana terbuka dalam membentuk dasar serta pembangunan negara secara lebih holistik.

FIM yang dianjurkan secara berkala itu menggabungkan pandangan pelbagai pihak termasuk pembuat dasar, akademia dan pihak berkepentingan industri dalam memperkasakan dasar awam berteraskan prinsip kesejahteraan rakyat dan kelestarian jangka panjang.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *