Subsidi RON95 Penjimatan Untuk Rakyat, Pembangkang Yang Meroyan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada 22 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 22 Sep – Detik yang dinanti telah pun tiba apabila janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menurunkan harga petrol RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter ditepati dan akan berkuat kuasa mulai 30 September ini.

Yang lebih mengujakan ialah anggota polis dan tentera di seluruh negara akan menikmati penjimatan sebanyak enam sen itu lebih awal iaitu 27 September bagi menilai proses kelancaran pembelian bahan bakar itu di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada 22 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ia melibatkan kira-kira 300,000 anggota pelbagai peringkat yang akan mula membeli RON95 dengan harga baharu itu sebagai langkah percubaan kepada mekanisme penyasaran subsidi yang telah lama dinantikan.

Manakala bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula, mereka akan menikmati pembelian RM1.99 seliter itu pada keesokkannya iaitu 28 September, juga bagi menilai proses pembelian lancar sepanjang dua hari berkenaan sebelum dibuka sepenuhnya pada 30 September kelak.

Hasil penyasaran subsidi RON95 yang dilaksanakan kerajaan ketika ini akan disalurkan semula kepada rakyat antaranya menerusi penambahbaikan infrastruktur dan kerja-kerja membaik pulih kerosakan akibat banjir.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi diesel misalnya membolehkan kerajaan melaksanakan pemberian penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 kepada rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada 22 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita mampu memberikan hasil balik kepada rakyat seperti penghargaan SARA. Walaupun RM100 implikasi kewangan kepada negara itu RM2 bilion, ini dapat dilakukan kerana penyasaran subsidi minyak diesel dahulu.

“Sekarang penyasaran subsidi naik sedikit untuk bukan warganegara, (tetapi) turun bagi rakyat dan tentunya hasil pulangan itu akan kembali kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Tambahnya, beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid turut meninjau impak akibat bencana itu dengan kerosakan infrastruktur adalah besar membabitkan institut perguruan di Kota Kinabalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada 22 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Cerun jalan, klinik dan sekolah semua harus diperbaiki.Jadi ada beban baharu yang kita harus manfaatkan daripada dana ini untuk bantu rakyat terjejas.

“Tumpuan kita masih dalam bidang pendidikan, kesihatan dan prasarana asas,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan harga petrol RON95 melalui penyasaran subsidi di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada 22 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Di media sosial, rata-rata warganet menyokong penjimatan yang diberikan kerajaan kecuali kepada pentaksub pembangkang yang masih tidak berpuas hati dengan penurunan berkenaan.

Mereka mempersoalkan berapa banyak penjimatan yang boleh dinikmati dengan penurunan harga sebanyak enam sen seliter itu dalam sebulan.

Konform lepas ni harga barang naik,” komen Adzlee Chang tanpa menjelaskan mengapa perkara berkenaan boleh berlaku sedangkan harga petrol turun dan bukannya naik terutama bagi pengusaha yang telah mendaftar dengan Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

Komen warganet yang majoritinya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri manakala penyokong pembangkang tidak mampu menyanggah kebaikan yang diberikan kepada rakyat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Muhd Arash pula menulis “lagi menyusah kan orang kerja stesen minyak sbb keno tunggu sisten jeng penat2 saja papa wa buat kijo kalu nk bagi cara lain bnyk lagi sara pun guno ic semua nk menyusan perkerja,” tetapi dia lupa mekanisme pembelian RON95 bukannya menerusi MyKad semata-mata tetapi merentasi aplikasi seperti TouchNGo E-Wallet dan Setel sebagai contoh.

“Lepas ini stesen minyak petrol di sempadan Johor darul takzim letak pegawai KPDNKK bagi memantau penjualan minyak petrol Ron 95 🤣🤣🤣🤣🤣
Rakyat Malaysia kasi viralkan kenderaan milik warga asing Singapura dan Thailand yang membeli minyak petrol Ron 95 pada 30/9/2025,” tulis Putera Rawi.

Komen warganet yang majoritinya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri manakala penyokong pembangkang tidak mampu menyanggah kebaikan yang diberikan kepada rakyat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Alhamdulillah. Jutaan terima kasih PMX. Barakallahufik. Berkah Allah atas PMX. Semoga Malaysia terus maju dibawah pemerintahan Dato Seri,” kata En Hairil Hafidz Mohammad.

Ternyata apa sahaja yang diusahakan Kerajaan MADANI amat disokong kepada mereka yang mahu bersyukur namun malangnya disebabkan ketandusan isu, penyokong pembangkang buta hati dan buta mata melihat rakyat menikmati penjimatan setiap bulan dan disalurkan kembali menerusi SARA dan STR.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *