Inkues Zara: AGC Teliti Kenyataan Shafie Apdal, Sedia Ambil Tindakan

Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti secara terperinci setiap kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (PWS) Mohd Shafie Apdal berhubung kes pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir.

PUTRAJAYA, 22 Sep – Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti secara terperinci setiap kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (PWS) Mohd Shafie Apdal berhubung kes pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir.

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah setelah penelitian tersebut selesai.

“Jabatan ini memandang serius kenyataan yang dikeluarkan Mohd Shafie semasa berucap di majlis Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan pada 20 Sept 2025.

Peguam mewakili empat pelajar dalam inkues kematian Zara Qairina mengecam tindakan Mohd Shafie yang didakwa cuba mengeksploitasi kes itu demi kepentingan politik menjelang PRN Sabah.

“Kenyataan sedemikian berpotensi menimbulkan persepsi yang tidak tepat dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan kelancaran prosiding mahkamah yang sedang berlangsung,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan kekeliruan atau mengganggu kelancaran prosiding mahkamah.

Sebelum ini, sebuah rakaman video satu majlis makan malam yang tular memaparkan Mohd Shafie mempersoalkan tempoh panjang prosiding inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar itu.

Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) yang disiarkan pada 22 September 2025. Foto AGC

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi 16 Julai.

Terdahulu peguam mewakili empat pelajar dalam inkues kematian Zara Qairina mengecam Mohd Shafie yang didakwa cuba mengeksploitasi kes itu demi kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Mereka berkata, tindakan ahli parlimen Semporna melabelkan kes itu sebagai ‘pembunuhan’ serta mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik adalah tuduhan melulu, berbahaya, menjijikkan dan penghinaan terhadap pentadbiran keadilan.

“Menggambarkan kes ini sebagai pembunuhan tanpa melalui proses undang-undang amat tidak bertanggungjawab dan sangat prejudis kepada anak guam kami. Ini adalah cubaan jelas untuk membakar sentimen awam demi kepentingan politik menjelang PRN akan datang,” kata kenyataan itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *