SSLR2 Nadi Utama Pembangunan Ekonomi Sabah, Sarawak – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) di Limbang, Sarawak pada 11 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

LIMBANG, 11 Sep – Rakyat Sabah dan Sarawak menerima khabar gembira hari ini apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) sebagai detik bersejarah yang bakal menghubungkan pedalaman kedua-dua negeri itu dengan lebih selesa serta selamat tanpa perlu melalui negara jiran.

Lebih menggembirakan, peluncuran ini dilakukan ketika beberapa hari negara akan meraikan sambutan Hari Malaysia 2025 dan dianggap sebagai ‘hadiah’ paling bermakna daripada Kerajaan MADANI dan tepat pada masanya memandangkan kawasan berkenaan selama ini terasing daripada arus perdana pembangunan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) di Limbang, Sarawak pada 11 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Perdana Menteri, dengan siapnya jalan raya moden itu kelak, ia akan merentasi bukit bukau, menyeberangi sungai deras seterusnya menjadi urat nadi pembangunan bagi kawasan Miri, Marudi, Mulu, Limbang serta Lawas yang sekian lama menantikan limpahan kemajuan sejak puluhan tahun lalu.

“Segala ini adalah hasil daripada rundingan bapak-bapak dan ibu-ibu kita berunding bagi membentuk sebuah negara merdeka dengan penubuhan Malaysia dan limpahan ekonomi ini akan dirasai segenap lapisan masyarakat di negeri ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) di Limbang, Sarawak pada 11 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Tadi saya naik helikopter dari Miri ke Limbang dan perlu melalui negara Brunei, saya faham betapa sukarnya buat penduduk di kawasan ini.

“Semasa menaiki helikopter, saya dapat melihat kawasan berbukit-bukau yang tinggi, sebab itu kos (melaksanakan projek) lebih tinggi (di sini) dan memerlukan dana besar,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran projek SSLR Fasa 2 di Nanga Medamit di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) di Limbang, Sarawak pada 11 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SSLR Fasa 2 merupakan kesinambungan kepada SSLR Fasa 1 bermula dari Lawas ke Long Luping yang dimulakan pada tahun 2021 dan kini telah mencapai kemajuan pelaksanaan fizikal sebanyak 57.6 peratus dan SSLR Fasa 2 dijangka siap pada tahun 2029 melibatkan anggaran kos RM7.6 bilion.

Projek sepanjang 335 kilometer itu, akan menghubungkan kawasan Mulu di bahagian selatan, Nanga Medamit (Limbang), Long Luping (Lawas) serta Ba’kelalan (Lawas) di sebelah utara dan akan bersambung dengan jajaran jalan raya di Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) di Limbang, Sarawak pada 11 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Projek tersebut merangkumi pembinaan jalan raya, jambatan, jejambat, lampu jalan dan sistem perparitan yang difahamkan akan turut memenuhi spesifikasi tahan gegaran gempa bumi dan sebagainya apabila ia siap kelak.

Ini sekali gus akan merancakkan ekonomi di wilayah utara Sarawak dan pedalaman Sabah yang sebelum ini sukar dilalui dan terpaksa merentas Brunei Darussalam dari Sungai Tujoh di bahagian selatan hingga ke Kompleks CIQ Pandaruan di sempadan Limbang-Brunei.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) di Limbang, Sarawak pada 11 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ternyata dengan peluncuran jajaran ini juga akan memastikan Infrastruktur lain seperti sekolah, klinik desa dan tenaga boleh baharu akan lebih tersusun selaras dengan kemakmuran yang dikecapi negara sejak 62 tahun pembentukan Malaysia.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *