SPRM Tahan Dua Lagi Kakitangan Perubatan

Sebahagian daripada kakitangan perubatan disyaki melakukan rasuah dihadapkan ke mahkamah Isnin lalu. Foto Arkib

SEREMBAN, 28 Sep – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan dua lagi kakitangan perubatan awam kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah sebanyak kira-kira RM3,500.

Perbuatan itu dipercayai sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an dipercayai ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Negeri Sembilan hasil susulan penahanan empat kakitangan hospital berkenaan pada Isnin lalu.

“Kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada dua syarikat yang sama antara tahun 2021 dan 2022 yang membabitkan 12 transaksi bank berjumlah RM3,500,” katanya.

Sebahagian daripada kakitangan perubatan disyaki melakukan rasuah dihadapkan ke mahkamah Isnin lalu. Foto Arkib

Isnin lalu, SPRM menahan empat kakitangan perubatan awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100 hingga RM600 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM11,000 daripada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan mayat antara 2022 hingga 2023.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Jenayah Seremban pagi esok.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *