Solat Sunat Aidilfitri 2026: 8 Pagi Jika Raya Jumaat, 8.30 Pagi Sabtu

Umat Islam di Selangor akan melaksanakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada jam 8 pagi jika hari raya jatuh pada hari Jumaat dan 8.30 pagi jika jatuh pada hari Sabtu.

SHAH ALAM, 16 Mac – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di semua masjid, surau dan musolla di negeri ini berdasarkan dua ketetapan mengikut tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

Ketetapan tersebut dibuat susulan jangkaan tarikh melihat anak bulan Syawal yang dijadualkan pada petang Khamis ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, sekiranya Aidilfitri disambut pada Jumaat solat sunat Aidilfitri akan dilaksanakan pada pukul 8 pagi.

Namun katanya, solat sunat Aidilfitri ditetapkan pada pukul 8.30 pagi seandainya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu.

“Pentadbir masjid, surau dan musolla dimohon membuat persediaan sewajarnya serta menghebahkan ketetapan ini kepada ahli kariah masing-masing bagi memastikan kehadiran jemaah pada waktu yang ditetapkan,” katanya menerusi satu surat rasmi JAIS.

Dalam masa sama, semua pentadbir turut diingatkan supaya mematuhi ketetapan berkaitan penggunaan pembesar suara sebagaimana yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor sebelum ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *