PM Anwar Bangga Kejayaan Sivasangari Juarai Skuasy Terbuka Australia

Kejayaan S Sivasangari menjuarai Skuasy Terbuka Australia 2026 menerima pujian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mac 2026.

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Kejayaan jaguh skuasy negara, S Sivasangari menjuarai Terbuka Australia 2026 semalam turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyifatkan kejayaan diraih Sivasangari di Brisbane itu sebagai sesuatu yang membanggakan arena sukan negara serta mencerminkan keazaman tinggi atlet tanah air.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada atlet skuasy negara, S Sivasangari atas kejayaan cemerlang menjuarai kejohanan Terbuka Australia 2026 di Brisbane, Australia.

“Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan dunia sukan tanah air, malah menjadi bukti keazaman, disiplin dan semangat juang tinggi yang dimiliki atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

Semalam, Sivasangari yang turun selaku pilihan utama menewaskan pemain Amerika Syarikat, Marina Stefanoni 11-7, 11-4, 11-8 dalam masa 28 minit pada aksi final.

Kejayaan itu menyaksikan atlet berusia 27 tahun berkenaan meraih gelaran kedua bertaraf Emas dalam kariernya.

Kejayaan itu menyaksikan Sivasangari berusia 27 tahun berkenaan meraih gelaran kedua bertaraf Emas dalam kariernya.

“Ini minggu yang sangat baik di Australia dan gelaran ini sangat bermakna kepada saya kerana kejohanan ini mempunyai prestij besar.

“Ini gelaran Gold (Emas) kedua saya dan saya semakin hampir untuk meningkatkan kedudukan ranking dunia. Pada masa sama, permainan skuasy saya juga semakin meningkat,” kata Sivasangari.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *