Video Netanyahu Minum Kopi Dijana AI – Grok

Netanyahu ‘muncul’ dalam video yang didakwa dijana AI sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah dia masih hidup.

TEL AVIV, 16 Mac – Chatbot kecerdasan buatan (AI) generatif di platform X, Grok mengesahkan video Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memesan minuman kopi di sebuah kedai sebagai kandungan yang dijana teknologi AI.

Ini susulan pertanyaan pengguna mengenai kesahihan video berkenaan ketika timbul spekulasi mengenai status Netanyahu yang kini menjadi perhatian ramai, selain satu video yang menunjukkan beliau mempunyai enam jari.

Menerusi video terbarunya itu, Netanyahu menyindir khabar angin mengenai kematiannya yang tular di media sosial.

Tangkap layar skrin paparan kaunter bayaran dalam video kononnya pada 15 Mac 2026 sebenarnya dirakam pada 15 Mac 2024.

Apabila dimaklumkan terdapat laporan media menyatakan beliau meninggal dunia, Netanyahu secara berseloroh menyatakan hanya ‘mati’ untuk kopi.

Dalam rakaman itu juga, beliau mengangkat kedua-dua tangannya seolah-olah menunjukkan jumlah jari bagi menepis dakwaan kononnya video terdahulu sudah disunting.

Bagaimanapun, video itu terus menjadi perhatian selepas Grok menjawab pertanyaan pengguna dengan mendakwa rakaman berkenaan adalah hasil manipulasi AI.

Beberapa perkembangan terkini mencetuskan spekulasi mengenai situasi membabitkan Netanyahu apabila hanya kenyataan berbentuk teks yang dikaitkan dengannya dikeluarkan sejak beberapa hari lalu.

“Ini ialah deepfake Benjamin Netanyahu yang kelihatan santai di sebuah kedai kopi, bercakap mengenai operasi Iran dan Lubnan sambil minum kopi kerana tiada peristiwa sebenar seperti ini pernah berlaku.

“Senario Netanyahu berbual mengenai operasi sulit di kafe awam adalah sesuatu yang tidak pernah dilaporkan berlaku,” menurut chatbox itu.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel ‘menafikan’ khabar angin itu dan menyifatkannya sebagai berita palsu.

Respon Grok terhadap video dijana AI yang disiarkan dalam video Netanyahu pada 16 Mac 2026.

Menurut laporan media antarabangsa, pejabat Netanyahu berkata, ia berita palsu dan Perdana Menteri berada dalam keadaan baik.

Pada masa sama, kafe The Sataf turut memuat naik beberapa foto di Instagram yang menunjukkan Netanyahu menikmati kopi di premis berkenaan. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *