Siasatan Terhadap Tun M, Dua Anak Sedang Berjalan – Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika berucap merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang hari ini. Foto Bernama

GUA MUSANG, 25 Apr – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dua anaknya.

Namun menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihaknya tidak dapat memberikan maklumat secara jelas berkenaan isu yang sedang disiasat.

“Saya ingin mengesahkan beliau adalah antara yang disiasat dalam kes ini. Ekoran daripada penyiasatan terhadap beliau itu mengaitkan kedua-dua anaknya, yang mana kita telah memberi notis kepada kedua-dua anaknya untuk mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tahun 2009.

“Saya tak dapat bagi perincian tentang apa kesalahan yang lakukan oleh mereka dan sudah ditohmah terhadap Tun M. Biarkan penyiasatan berjalan dahulu sehingga pada satu ketika difikirkan sesuai kita nyatakan itu lebih moleklah,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika berucap merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang hari ini. Foto Bernama

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan pihak SPRM tidak mahu mengulas dakwaan dua anak Tun Dr Mahathir Mohamad, kononnya mereka diarah membantu siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *