‘Dialog’ Muhyiddin, Abdul Hadi Jadi Bahan Ketawa Warganet

Infografik memaparkan ‘dialog’ antara Muhyiddin dan Abdul Hadi menjadi bahan ketawa warganet sejurus disiarkan di media sosial hari ini.

KUALA LUMPUR, 25 Apr‘Sketsa’ berbentuk dialog antara dua pemimpin Perikatan Nasional (PN) terhadap anak dan menantu masing-masing mencuri perhatian warganet hari ini.

Ia dipercayai susulan tindakan SPRM menahan anak seorang Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli yang didakwa atas pertuduhan pemalsuan melibatkan jumlah RM600,000 pada Rabu.

Menurut infografik yang tular di media sosial bertajuk ‘Al-Kisah Anak Menantu’, dua pemimpin PN itu seolah sedang ‘berbual’ menerusi kotak dialog secara spontan.

“Menantu sempat lari tak?,” tanya Muhyiddin.

Infografik memaparkan ‘dialog’ antara Muhyiddin dan Abdul Hadi menjadi bahan ketawa warganet sejurus disiarkan di media sosial hari ini.

Dan dijawab Hadi, “Tak Din (Muhyiddin),” jelas menimbulkan hilai tawa warganet yang beranggapan dialog inilah yang sedang dibualkan mereka berdua.

Difahamkan menurut sumber, Mohd Shukri dan Abdul Hadi merupakan besan apabila anak mereka berdua bernikah beberapa tahun lalu.

Ia turut disahkan beberapa portal yang menyebut anak Menteri Besar Perlis adalah menantu Abdul Hadi Awang menjadi antara enam individu yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Karikatur dilukis kartunis Haili yang turut menjadi bahan sindiran warganet sejak tular di media sosial hari ini.

Malah sebuah infografik memaparkan tiga pemimpin termasuk Mohd Shukri turut mencuit tawa warganet sejak tular pagi tadi.

Kali ini melibatkan karikatur mirip Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin bersama Muhyiddin dan Mohd Shukri yang mempunyai persamaan ‘hilang’, yang turut dikaitkan dengan kes anak Mohd Shukri semalam.

Warganet memahami maksud di sebalik ‘dialog’ antara ketiga-tiga mereka yang turut ‘berkongsi’ perihal anak dan menantu masing-masing.

Paling lucu, ketiga-tiga mereka menyebut perkataan ‘hilang’ satu-persatu sehingga penyokong parti pembangkang ‘koyak’ menahan perasaan malu.

Karikatur Zunar memaparkan ‘pencapaian’ membanggakan anak menantu pemimpin Perikatan Nasional yang menggeletek jiwa warganet hari ini.

Satu lagi karikatur dilukis kartunis Zunar turut tidak ketinggalan ‘membelasah’ tiga pemimpin PN dengan tema menyindir ‘Pencapaian Membanggakan Anak Menantu’ yang meraih perhatian warganet di aplikasi X (dahulu Twitter).

Antara komen yang sempat diulas warganet termasuklah:

“Kalau depa ni Takbir Negara….jadi macam Iraq , Sudan dan Syria la..🥴🥴🥴🥴”.

“Anak MB tu depa kata menantu tuang presideng, betui ka???”

“Negeri ada 8 orang pun nak sakau 600k,” tulis mereka.

Untuk rekod, anak Hamzah disiasat berhubung penyelewengan minyak masak paket bersubsidi manakala menantu Muhyiddin, Muhammad Adlan Berhan pula masih diburu Interpol kerana kes pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *