PM Anwar Doakan Tun Abdullah Sembuh

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan buat Tun Abdullah yang dirawat di IJN.

KUALA LUMPUR, 25 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan buat Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Perdana menteri kelima itu dimasukkan ke IJN sejak petang semalam, akibat “small spontaneous pneumothorax” atau kekurangan oksigen dalam badan.

“Mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah,” kata Anwar dalam catatan media sosial.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin memaklumkan bapa mentuanya dimasukkan ke IJN sejak petang semalam dan dalam keadaan baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan buat Tun Abdullah yang dirawat di IJN.

“Beliau berada dalam keadaan yang stabil dan mash berada di CCU IJN sekarang ini untuk pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya,” katanya dalam catatan di IG Story Instagram.

Pada September 2022, Khairy pertama kali mendedahkan mengenai penyakit demensia dihidapi Abdullah, atau lebih mesra dipanggil Pak Lah.

Khairy yang juga bekas ketua Pemuda Umno, berkata Abdullah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif sejak 2009 selepas beliau berundur sebagai perdana menteri.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *