Keputusan siapa yang akan menggantikan Paetongtarn Shinawatra akan diketahui esok selepas Ahli Parlimen Thailand akan membuat pengundian bersejarah negara itu.

BANGKOK, 4 Sep – Teka-teki siapa Perdana Menteri baharu Thailand dijangka diketahui esok apabila Ahli Parlimen akan membuang undi bagi memilih pengganti Paetongtarn Shinawatra yang dipecat Mahkamah Perlembagaan minggu lalu.

Keputusan itu turut dipengaruhi langkah parti pembangkang utama yang menyatakan sokongan kepada ketua Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul.

Anutin, 58, pewaris empayar kejuruteraan pembinaan dan pemimpin Parti Bhumjaithai, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri serta Menteri Kesihatan negara itu.

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra antara mangsa pengintipan yang berlaku di negaranya hingga disiasat Mahkamah Perlembagaan dan digantung tugas sementara hingga dipecat Mahkamah Perlembagaan.

Beliau terkenal kerana melaksanakan dasar menghalalkan ganja bagi kegunaan rekreasi pada 2022, selain mengetuai tindak balas kerajaan ketika pandemik COVID-19.

Sokongan daripada Parti Rakyat mengukuhkan peluang Anutin meraih majoriti mudah selepas beliau mendakwa sudah menguasai 146 undi daripada parti dan sekutu, selain 143 undi tambahan daripada pembangkang.

Pada hari sama, parti pemerintah Pheu Thai memohon perkenan diraja untuk membubarkan Parlimen selepas gagal memperoleh majoriti membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Majlis Privy Raja dilaporkan menolak permohonan itu sekali gus mengetepikan kemungkinan mengadakan pilihan raya baharu.

Paetongtarn dipecat ekoran melanggar etika terkait skandal ‘perbualan telefon’ antara bekas Perdana Menteri Kemboja Hun Sen yang disifatkan sebagai ‘pakcik’.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *