‘Siapa Buang Beras, Sardin?’

Puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur- kampung Gunung Senyum dekat sini. Foto Ihsan Pembaca

TEMERLOH, 19 Apr – Tular di media sosial gambar puluhan kampit, beras tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum dekat sini, sejak petang semalam.

Difahamkan, gambar itu mula tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial Facebook dan Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Ia menyebabkan netizen memberi komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengenai kejadian itu.

Berdasarkan gambar tular, ada pihak mengambil tindakan membakar barangan tersebut.

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

Puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur- kampung Gunung Senyum dekat sini. Foto Ihsan Pembaca

Namun, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai, beras dan berapa makanan lain itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak akibat disimpan terlalu lama.

Sehingga kini belum ada pihak tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan.

  • Oleh Roselan Ab Malek


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *