Shell Ikrar Tambah Pelaburan RM9 Bilion Di Malaysia – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Shell Wael Sawan di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pada 17 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Shell berikrar untuk melabur lebih RM9 bilion di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata komitmen tersebut dizahirkan Ketua Pegawai Eksekutif Shell Wael Sawan dalam pertemuan hari ini akan mencipta peluang-peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Shell Wael Sawan di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pada 17 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pelaburan ini manifestasi keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi kita yang teguh dan kepimpinan yang jelas.

“Insya-Allah, Malaysia mampu terus melakar masa depan yang makmur dan berdaya saing,” katanya di aplikasi X.

Dalam pertemuan itu, Anwar berkata beliau berkongsi visi strategik kerajaan dalam meletakkan negara sebagai destinasi pelaburan yang stabil dan mampan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Shell Wael Sawan di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pada 17 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sawan menyuarakan keyakinan terhadap arah tuju negara, katanya.

Shell memiliki kira-kira 950 stesen minyak di Malaysia, dengan hanya Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang mengendalikan rangkaian lebih luas.

Syarikat itu juga menjual pelincir industri serta mengeluarkan minyak mentah dan gas asli di perairan Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Shell Wael Sawan di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pada 17 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Shell turut merupakan rakan usaha sama dalam projek gas asli cecair (LNG).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *