Penyesuaian Dasar Perlu Untuk Jadi Ekonomi Berpendapatan Tinggi – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis Simposium Sasana 2025 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2025. Foto M Firdaus M Johari

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Penyesuaian dasar, mempunyai institusi kukuh dan mengekalkan hala tuju jelas untuk mencapai matlamat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi kini diperlukan Malaysia bagi mencapai hasrat berkenaan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata, Kerangka Ekonomi MADANI mencerminkan visi negara untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi dan menggambarkan komitmen dua hala.

“Pertama, dasar perindustrian perlu dimodenkan, menumpukan kepada daya saing sektoral, transformasi digital, pertumbuhan hijau dan peningkatan rantaian nilai.

“Kedua, manfaat daripada pengembangan ekonomi perlu menyeluruh terutamanya bagi segmen masyarakat rentan dan kurang mendapat perhatian,” kata beliau dalam ucaptama di Simposium Sasana 2025 di sini hari ini.

Menurut Anwar, agenda reformasi MADANI mengguna pakai pendekatan keseluruhan negara memandangkan negara mengutamakan lima bidang kritikal iaitu kemampanan dan tadbir urus fiskal, rasionalisasi subsidi, pembaharuan cukai, peningkatan modal insan dan integriti institusi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *