Langkah Rasionalisasi Subsidi RON95 Kritikal Buat Negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Perasmian Energy Asia 2025 di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Langkah kerajaan yang akan meneruskan pelan rasionalisasi subsidi RON95 meskipun harga minyak mentah dunia melonjak ekoran konflik Israel dan Iran, sebenarnya membantu lebih kestabilan dari segi defisit fiskal dan ketahanan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah rasionalisasi subsidi RON95 ini kritikal bagi negara dalam merangka pelan bantuan lebih banyak buat rakyat secara bersasar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Perasmian Energy Asia 2025 di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain itu, ia akan memastikan kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membantu golongan miskin, meningkatkan kualiti pendidikan serta bagi memberi perkhidmatan awam yang lebih baik termasuk kesihatan.

“Terdapat banyak kempen negatif tentang RON95. Kerajaan telah katakan dan ingin mengulangi bahawa tidak ada isu dengan kenaikan RON95 menjejaskan 85 peratus, 90 peratus rakyat tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Perasmian Energy Asia 2025 di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

”Itu mesti jelas. Apa yang pembangkang katakan ia hanyalah gimik terdesak untuk menunjukkan bahawa rakyat sedang menghadapi kesusahan.” kata beliau di luar Persidangan Energy Asia 2025 di ibu negara.

Keutamaan rasionalisasi berkenaan ialah memastikan lebih 90 peratus rakyat terus dilindungi manakala mereka yang tidak layak seperti lebih 2.7 juta warga asing kini tidak dapat lagi menikmati subsidi bersasar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Perasmian Energy Asia 2025 di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ia sekaligus meningkatkan keupayaan fiskal negara serta dapat memastikan bantuan terus kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluas dan ditingkatkan nilainya.

Sebelum ini, kerajaan berkata, rasionalisasi subsidi RON95 dijangka akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *