Sesi Libat Urus Diarah PM Anwar Kenal Pasti Masalah Bantuan Kepada Penjaja – Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada 13 Mei 2026.

PUTRAJAYA, 13 Mei – Sesi libat urus antara kementerian berkaitan dengan golongan penjaja diarah diadakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pembentangan semasa mesyuarat mingguan Jemaah Menteri yang berlangsung di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, ia diarah untuk diadakan bertujuan mengenal pasti isu dihadapi yang menyebabkan kadar penyertaan dalam program bantuan kewangan formal masih pada tahap sangat rendah.

Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Khazanah (Khazanah Research Institute – KRI) yang dibentangkan pada mesyuarat berkenaan kata Fahmi, hanya lima peratus penjaja memperoleh bantuan, termasuk melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada 13 Mei 2026.

“Hasil kaji selidik mendapati kadar penyertaan penjaja dalam program bantuan kewangan formal berada pada tahap yang sangat rendah.

“Antara sebab yang dibangkitkan dalam laporan itu berkait status perniagaan yang tidak berdaftar.

“Perdana Menteri meminta kementerian berkenaan melakukan sesi libat urus, termasuk dengan penjaja sendiri untuk cuba memahami isu yang dihadapi bagi memastikan bantuan kewangan formal dapat dilanjutkan dan dipanjangkan kepada mereka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *