Serangan Iran: Rakyat Malaysia Di Qatar Elak Keluar Rumah

Kedutaan Besar Malaysia di Doha dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semua rakyat Malaysia di negara itu diminta tidak keluar, kecuali bagi urusan benar-benar mustahak sahaja pada 1 Mac 2026. Foto Al Jazeera

DOHA, 1 Mac – Rakyat Malaysia di Qatar diminta supaya terus berwaspada dan tidak keluar rumah buat sementara waktu susulan keadaan di rantau Teluk yang masih belum stabil sepenuhnya.

Kedutaan Besar Malaysia di Doha dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semua rakyat Malaysia di negara itu diminta tidak keluar, kecuali bagi urusan benar-benar mustahak sahaja.

Menurut kenyataan itu, orang ramai juga diminta mengikuti perkembangan semasa melalui sumber sahih serta tidak menyebarkan berita tidak benar.

Kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar pada 1 Mac 2025.

“Buat masa ini, ruang udara Qatar masih ditutup,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan lanjut di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (Hamad International Airport) boleh menghubungi talian Qatar Airways di +974 4144 5555.

Dalam situasi kecemasan, Kedutaan Besar Malaysia di Doha boleh dihubungi menerusi talian +974 3374 6733 (24 jam) atau e-mel mwdoha@kln.gov.my.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *