Provokasi Agama: Serah Kepada Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat supaya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung isu provokasi agama pada 1 Mac 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat supaya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung isu provokasi agama.

Beliau yakin kebenaran akan terungkai secara menyeluruh dan telus melalui siasatan yang sedang dijalankan.

“Kerajaan Madani akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus terpelihara,” ujar Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa tuduhan yang mengatakan kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas.

Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada 25 Februari lepas, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial dan setakat semalam, sebanyak 28 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes berkenaan.

Hantaran di X Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Februari 2026.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *