Seorang Lelaki Ditahan Cuba Ceroboh Kediaman Rasmi MB Selangor

Sebuah infografik melondehkan kegiatan jenayah ahli parti politik pembangkang cuba menceroboh masuk ke kediaman rasmi MB Selangor petang tadi. Foto X Bob Khairool

SHAH ALAM, 5 Jan – Seorang lelaki ditahan susulan percubaan masuk ke kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dengan bersembunyi di tempat duduk belakang sebuah kereta.

Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim mengesahkan kepada FMT bahawa polis telah membuat tangkapan, namun beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut pada masa ini.

Terdahulu, tular video dan laporan di platform media sosial X (dahulu Twitter) bahawa seorang lelaki dipercayai wartawan ditangkap cuba curi masuk ke pekarangan kediaman Amirudin di Shah Alam.

Sebuah infografik melondehkan kegiatan jenayah ahli parti politik pembangkang cuba menceroboh masuk ke kediaman rasmi MB Selangor petang tadi. Foto X Bob Khairool

Dalam laporan polis yang dibuatnya, pembantu Amirudin, Muhammad Musa Md Zin berkata, beliau dimaklumkan bahawa seorang lelaki ditangkap cuba memasuki kediaman itu dengan bersembunyi di tempat duduk belakang kereta kira-kira jam 5.10 petang tadi.

Suspek dipercayai tidak dibenarkan memasuki kediaman itu sebelum mencuba untuk masuk, menurut laporan itu.

Motif lelaki dipercayai seorang wakil sebuah portal pembangkang cuba menyelinap masuk itu belum dapat dipastikan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *