Semua Keputusan Perolehan ATM, PDRM Terkait Rasuah Dibeku Sementara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemu bual pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid pada 16 Januari 2026. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya, dedah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menjelaskan, Kerajaan MADANI melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni pengunjung sebelum menikmati makan tengah hari di Restoran Salai-Salai dan kemudian menunaikan solat Jumaat di Wangsa Maju pada 16 Januari 2026.

“Saya berterima kasih kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, atas kenyataan yang sangat jelas berkenaan perkara ini.

“Kita akan ambil perhatian dan menunggu laporan untuk meneliti sebarang kelompongan atau kelemahan dalam sistem perolehan, supaya proses dipatuhi sepenuhnya,” katanya.

Rasuah Tender: SPRM Sahkan Tiga, Empat Pengawai Tertinggi ATM Akan Didakwa

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju di sini pada Jumaat.

Kenyataan tegas Anwar itu susulan pembongkaran kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi ATM dan PDRM kebelakangan ini menyebabkan beberapa pegawai didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *