Semakan SST Terus Lindungi Rakyat, Kumpulan Rentan Menerusi SARA, STR

Zinda Khalil optimis dengan mekanisme peluasan SST dan jaminan kerajaan untuk terus melindungi rakyat golongan B40 dan yakin kesan terhadap kenaikan barangan tidak berlaku atas faktor kadar SST masih 0%.

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Tiada rakyat berpendapatan rendah terkesan susulan semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai ini kerana kerajaan telah mempertimbangkan segala aspek tanpa meminggirkan golongan rentan.

Sudah pasti, yang jelas semakan ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap memperkasa cukai progresif dan saksama untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sambil melindungi golongan yang paling memerlukannya.

Sambil menegaskan SST tidak akan digantikan dengan peranan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penganalisis politik Zinda Khalil Sastro Hassan sebaliknya berkata SST yang dilihat ‘longgar’ juga mampu menyaingi ‘keberkesanan’ GST biarpun skop percukaiannya diperluas kepada golongan sasar atau berpendapatan tinggi.

Infografik yang dikongsi Kementerian Kewangan yang memaklumkan semakan SST tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Setelah memahami mekanisme peluasan SST dan jaminan kerajaan untuk terus melindungi rakyat golongan B40, saya yakin kesan terhadap kenaikan barangan tidak berlaku atas faktor kadar SST masih 0%.

“Paling mustahak, kebajikan golongan ini terus dibela menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan terus ke akaun penerima setiap bulan (berdasarkan kelayakan) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuk M40 setiap suku tahun ,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ketika kerajaan berusaha untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana, cukai progresif menjadi instrumen penting untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dan inklusif.

Infografik yang dikongsi Kementerian Kewangan yang memaklumkan semakan SST tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Pendekatan bersasar itu bertujuan memastikan setiap hari rakyat Malaysia terus menikmati cukai jualan sifar peratus ke atas barangan keperluan dan harian: ayam, beras, sayur-sayuran, minyak masak, ubat-ubatan, contohnya.

“Selain itu, bahan binaan asas kekal tidak dikenakan cukai, dan perniagaan kecil dengan hasil di bawah ambang utama dilindungi melalui pengecualian yang diselaraskan dengan teliti,” katanya menerusi hantaran di laman Linkedin beliau, hari ini.

Antara barangan keperluan asas yang tidak dikenakan SST iaitu minyak, gula, beras putih, tepung dan sebagainya.

Manakala buah-buahan tempatan yang dihasilkan dalam negara juga tidak tertakluk kepada peluasan SST tidak lama lagi.

Selain SARA dan STR, kerajaan terus giat melaksanakan penambahbaikan infrastruktur dan perkhidmatan awam yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *