Konvoi ‘March To Gaza’ Terus Mara, Mesir Diminta Beri Laluan Ke Rafah

Laluan perjalanan konvoi ‘March to Gaza’ yang menggunakan jalan pesisir laut bermula di Tunis, Tunisia dan merentasi Libya sebelum memasuki Mesir untuk ke sempadan Rafah bagi membantu rakyat Gaza yang kebuluran akibat kekejaman rejim Zionis Israel. Foto TRT World

KAHERAH, 12 Jun – Konvoi dikenali sebagai Soumoud – yang bermaksud ketabahan dalam bahasa Arab yang memulakan perjalanan dari Tunis pada Isnin dengan menaiki bas dan kereta, terus mara ke sempadan Libya bagi menaikkan semangat pejuang di sana sebelum merentasi sempadan Mesir.

Mereka kini berhimpun untuk merentasi sempadan Libya dan Mesir sebelum ke Gaza, meskipun penganjur memaklumkan bahawa Mesir masih belum memberikan kebenaran laluan.

Gabungan aktivis pelbagai negara itu tidak gentar dengan tekanan rejim Israel kerana solidariti sesama Islam menjadi keutamaan di kala nyawa penduduk Gaza menjadi taruhan.

Berpuluh-puluh buah bas membawa aktivis kemanusiaan dari Tunis, Tunisia mula melakukan perjalanan darat ke Mesir bagi membantu memecahkan halangan untuk membantu saudara mereka di Gaza pada 9 Jun 2025.

Biarpun Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz semalam menggesa kerajaan Mesir supaya menghalang dua konvoi aktivis pro-Palestin daripada menuju ke sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir dan Gaza, namun ia tidak menghalang kemaraan konvoi pelbagai negara itu dari mendekat sempadan Rafah, Mesir.

“Saya menjangkakan pihak berkuasa Mesir akan menghalang kehadiran penunjuk perasaan jihad di sempadan Mesir-Israel serta tidak membenarkan mereka melakukan provokasi atau cubaan memasuki Gaza,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaupun Katz kononnya berdalih, tindakan sedemikian boleh membahayakan keselamatan anggota tentera (Israel) dan ia tidak akan dibenarkan terjadi, tetapi nyawa rakyat Palestin lebih berharga daripada ‘melindungi’ kekejaman yang dilakukan penjenayah perang itu.

Berpuluh-puluh buah bas membawa aktivis kemanusiaan dari Tunis, Tunisia mula melakukan perjalanan darat ke Mesir bagi membantu memecahkan halangan untuk membantu saudara mereka di Gaza pada 9 Jun 2025.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika ratusan aktivis pro-Palestin tiba di ibu negara Libya dalam satu konvoi ke Gaza, yang bertujuan mencabar sekatan Israel ke atas wilayah Palestin itu.

Mesir semalam menyatakan sokongan terhadap usaha menekan Israel supaya menamatkan sekatannya ke atas Gaza. Namun, negara itu menegaskan bahawa semua delegasi asing yang ingin ke kawasan sempadan perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu menerusi saluran rasmi.

Namun ia hanyalah bersifat protokol biasa bagi mana-mana rakyat asing yang ingin memasuki negara lain kerana konvoi berkenaan tidak membawa sebarang senjata atau barangan larangan.

Antara barangan yang dibawa termasuk makanan, pakaian, peralatan pembedahan, ubat-ubatan selain para doktor dan jururawat yang bersedia membantu penduduk yang cedera akibat serangan ganas rejim.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *