China Sedia Perkukuh Perkongsian Dengan ASEAN, GCC – PM Li Qiang

Perdana Menteri China Li Qiang ketika hadir pada Forum Ekonomi ASEAN-GCC-China di Kuala Lumpur pada 28 Mei 2025.

KUALA LUMPUR, 28 Mei – China bersedia mengukuhkan perkongsian dengan ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), kata Perdana Menteri China Li Qiang.

Premier Li menegaskan perkara itu dalam Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang bertemakan “Penyatuan Peluang Eknomi ke arah Kemakmuran Bersama” yang diadakan di sini pada Selasa.

Sidang itu diserikan dengan kehadiran pemimpin negara anggota ASEAN, GCC, negara pemerhati ASEAN dan setiausaha agung kedua-dua pertubuhan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang ketika menikmati hidangan enak pada pertemuan empat mata hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Kuala Lumpur pada 27 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Li Qiang menyatakan pembentukan platform dialog dan mekanisme kerjasama seumpama sidang kemuncak tiga pihak ini merupakan langkah inovatif yang signifikan dalam kerjasama ekonomi serantau di sebalik dunia yang bergelut dengan pergolakan, serta kelembapan pertumbuhan ekonomi global.

“Pengukuhan hubungan dan pemerkasaan kerjasama antara ketiga-tiga pihak dianggap membawa makna penting demi kemakmuran ekonomi negara masing-masing serta pembangunan dan kedamaian Asia bahkan dunia,” kata beliau.

Li turut menegaskan peri mustahaknya pelbagai pihak mengambil sepenuhnya peluang bersifat sejarah ini, menambah elemen baharu ke dalam kerjasama tiga pihak untuk mewujudkan model kerjasama dan pembangunan antara rantau yang terbuka, yang melibatkan tahap berbeza dan tamadun berlainan pada zaman kontemporari.

“Ketiga-tiga pihak perlu mengambil tindakan praktikal untuk memperhebat kerjasama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Kuala Lumpur pada 27 Mei 2025. Foto Bernama

“China bersedia mengadakan perbincangan dan membuat rancangan tentang pembinaan bersama yang berkualiti di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), meningkatkan kesalinghubungan dan penyelarasan dalam bidang infrastruktur, memperkasakan kerjasama dalam bidang yang melibatkan tenaga, pertanian, kecerdasan buatan, ekonomi digital, hijau dan rendah karbon, selain menggalakkan pertukaran dalam bidang sosiobudaya.

“Ketiga-tiga pihak perlu mengukuhkan komunikasi dan koordinasi dalam hal ehwal multilateral bagi menggalakkan tadbir urus global berkembang ke arah yang lebih adil dan munasabah,” kata beliau.

Pemimpin-pemimpin pelbagai negara yang menghadiri sidang itu memberi penilaian tinggi tentang kerjasama ketiga-tiga pihak dalam memacu pembangunan negara masing-masing serta kemakmuran dan kestabilan serantau, dan menyatakan bahawa sidang kemuncak kali ini telah membuka lembaran baharu bagi ketiga-tiga pihak untuk menghadapi cabaran dan mewujudkan pembangunan bersama.

Para pemimpin juga komited memperkasakan kerjasama di bawah rangka Inisiatif BRI terutama dalam bidang kesalinghubungan, serta rantaian perindustrian dan bekalan, membantu rakyat saling mengenali hati dan budi melalui pertukaran sosiobudaya, meningkatkan kerjasama pelbagai hala, menggalakkan pembinaan integrasi ketiga-tiga pihak demi mencapai pembangunan mampan yang kuat dan terangkum, sekali gus mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib.

“Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China” turut diluluskan semasa berlangsungnya sidang itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *