Selepas Guinea-Bissau, Presiden Poland Pula Lawat Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Poland, Andrzej Duda di luar Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha pada 14 Mei 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Selepas lawatan Presiden Guinea-Bissau, Jeneral Umaro Sissoco Embalo berakhir minggu lalu, tiba giliran Presiden Poland Andrzej Duda akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bermula Isnin (9 Jun) bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan meluaskan kerjasama sedia ada.

Lawatan itu yang merupakan kunjungan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Ogos 2015, berlangsung pada waktu yang bermakna bertepatan dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 manakala Poland selaku Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) bagi separuh pertama tahun ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Malaysia yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa Duda akan diiringi isterinya Agata Kornhauser-Duda semasa lawatan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Poland, Andrzej Duda di luar Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha pada 14 Mei 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Presiden Poland itu akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada Selasa diikuti dengan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala, termasuk bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, pertanian, sektor halal dan agrokomoditi, menurut kenyataan itu.

Mereka juga dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, tambah kenyataan itu.

Perdana Menteri akan menghoskan majlis jamuan rasmi di Kompleks Seri Perdana sebagai menghormati Presiden dan delegasinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Poland, Andrzej Duda di luar Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha pada 14 Mei lalu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Wisma Putra, Duda turut dijadual mengadakan lawatan ke Rejimen Kedua Kor Armor Diraja di Kem Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan serta menyampaikan syarahan umum di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya (UM).

Lawatan itu melambangkan hubungan erat dan mesra antara Malaysia dan Poland yang berteraskan kepada prinsip saling menghormati serta kerjasama erat sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1971.

Pada 2024, Poland merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat 19.5 peratus kepada RM5.66 bilion berbanding 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Poland, Andrzej Duda di luar Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha pada 14 Mei lalu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Eksport utama Malaysia ke Poland merangkumi produk elektrik dan elektronik, produk getah serta jentera, manakala import utama dari Poland terdiri daripada jentera, peralatan dan alat ganti, produk elektrik dan elektronik serta kelengkapan pengangkutan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *